qaseh ilahi
Kesibukan dan tanggungjawab perjuangan sering didahulukan dari yang lain. Namun kesibukan dan tanggungjawab perjuangan bukan masalah. Kedua-duanya adalah proses pengalaman yang sering mematangkan diri. Bagaimana menghadapinya. .& bagaimana mengendalikannya.
Ada orang yang sentiasa menggunakan kesibukan sebagai alasan. Alasan tidak dapat datang majlis-majlis pengajian..tidak dapat datang usrah..tidak dapat datang mesyuarat..dan macam-macam lagi.
Ada juga kerana kesibukan jadi alasan tidak dapat beramal..solat tidak berjamaah..tinggal zikir ma'thurat..tidak ada masa untuk Al Quran...juga tidak dapat dapat bangun malam bertahajjud. Tambah lagi ada juga buat alasan kerana tanggungjawab perjuangan ..terabai langsung amal-amal fardi.
Justeru..tarbiyyah bukan semata-mata fikrah. Tarbiyyah bukan semata-mata kekuatan hujjah. Tarbiyyah bukan semata-mata ilmiyyah...namun ianya adalah proses perubahan melalui pengalaman beramal dengan ilmu..berpegang dengan fikrah..juga pengalaman mengendalikan diri dalam berhadapan arus kehidupan yang penuh dengan kesibukan dan tanggungjawab perjuangan.. .
Tarbiyyah adalah satu proses merasai pengalaman.. bagaimana rasanya berpegang teguh dengan Islam sebagai cara hidup..bagaimana rasanya bila beramal dan merasai lazat beramal..bagaimana rasanya bila berjuang dan merasai pahit getir perjuangan.. .bagaimana rasanya susah payah perjuangan dan bersabar dalam bersusah payah.
Oleh itu ..jika pernah rasa senang maka kena rasa juga susah..jika pernah rasa menang maka kena rasa juga kalah..jika pernah rasa kuat maka kena rasa juga lemah. semua itu memberi pengalaman merasai sunnah dan realiti perjuangan. Barulah seorang pejuang itu menjadi matang dalam tarbiyyahnya. ..
Firman Allah Azza wa Jalla :
أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأسأ والضرأ وزلزلوا
حتى يقول الرسول والذين معه متى نصرالله ألآ ان نصرالله قريب
"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum lagi datang kepadamu apa yang telah mengenai orang-orang yang terdahulu dari kamu; mereka dirasakan dengan kesakitan dan kepapaan dan digoncangkan (pegangan) mereka sehingga berkata oleh rasul dan orang-orang yang bersamanya `Bilakah lagi datang pertolongan Allah' Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir". ---Al Baqarah : 214---
** Oleh itu ya sohabati...kukuhkanlah amalan kalian..terjunlah ke medan perjuangan..nescaya kalian bakal menjadi pejuang aqidah dan fikrah yang sebenar ..menjadi pencinta mati syahid demi syurga Allah yang tinggi..wallahualam.
TARBIYYAH PERLU DIRASAI DAN DIALAMI
"Sesungguhnya solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah sekalian Alam"
“Janganlah kalian tinggalkan semua perkara, jika kalian tak mampu lakukan semua perkara..berpadalah”
“Mujahadah adalah satu jalan untuk seseorang menuju Allah
Tanpa mujahadah adalah mustahil seseorang hamba sampai kepada-Nya
Kerana yang menjadi penghalang seseorang itu menuju Allah ialah syaitan dan nafsunya..”
Mufakkiratul Mukminah
SEMOGA BERJAYA MENJADI GADIS MULIA, SEMULIA DIRI MARYAM, SEMOGA BERJAYA MENJADI WANITA FAQIHAH ,SEBIJAK MINDA AISHAH, SEMOGA BERJAYA MENJADI PEREMPUAN TABAH, SEMOGA BERJAYA MENJADI SERIKANDI KEBANGGAAN SEHEBAT JIWA SUMAIYYAH, SEMOGA BERJAYA MENJADI HIASAN DUNIA, SEINDAH AKHLAK RABIATUL ADAWIYAH, SEMOGA BERJAYA MENJADI ISTERI SOLEHAH SEBAIK BUDI KHADIJAH, SEMOGA BERJAYA MENJADI WANITA DAN KEKASIH ,KECINTAAN TUHANMU..
06 October 2010
06 September 2010
Pecutan akhir Bulan Ramadhan
Bismillahirahmanirahim. pejam celik,pejam celik sudah hampir penghujung ramadhan.Mulanya masjid riuh dipenuhi umat2 manusia yang berlumba2 mengejar pahala ramadhan tapi sayang hanya segelintir sahaja yg berusaha memecut dari awal ramadhan hingga ke akhirnya.Mungkin blh ramdahan ini blh dikatakan awal,pertengahan ,akhir.yang mana lebih penting.TERPULANG pada diri masing2.NaK pilih fasa satu,fasa dua atau tiga atas kehndak diri masing2.Tepuk dada Tanya iman.Kesempatan ini ,suka saya ingin berkongsi dengan akhowat semua,setiap kali kita berada dalam bulan ramadhan ,sememangnya menjadi harapan kita sebagai umat muslim untuk mempertingkatkan perubahan diri kita dan menghidupkan roh2 atau jiwa2 kita kearah kebaikan dan ketaqwaan kesan daripada ibadat2 yang kita lakukan di sepanjang bulan yg berkat ini.Marilah kita sama2 pupukkan semangat ikhlas dan penuhkan amalan ibadat di sepanjang ruang dan peluang pada bln mulia ini..
Bergetar jiwa tatkala mendengar suara gemersik alunan imam muda di masjid mengalunkan ayat2 suci dan doa mengharapkan redha darimu.ya rabb.”sesungguhnya apabila seseorang itu dapat memahami maksudnya serta menghayati dalam hidup selain daripada menjadi asas panduan ,maka dia akan mendapat balasan syurga di akhirat nanti”.Di samping itu Allah memberi jaminan terhadap mereka sekiranya mereka benar2 bertaubat serta melakukan amalan2 soleh mereka kerana sudah pastiAllah menjanjikan balasan syurga di akhirat kelak..
salam mujahadah salam istiqomah.moga kita tergolong dalam golongan yang dijanjikan syurga bersama para mukmin yang soleh dan solihin.
Allahumma bariklana fi romadhon... wa, balliqna Ramadhan..

15 August 2010
Katakanlah,”berjalanlah di muka bumi''
Bismillahirahmanirahim.Satu perkongsian pada malam ini tepat pukul 1a.m,saya masih lagi di beri ruang untuk menulis,meluahkan apa yg terbuku di hati.Moga dengan perkongsian yang sedikit ini memberi seribu makna dalam diri kita masing2.Tertarik bila terbaca buku bertajuk “SUPAYA GELISAH BERNILAI IBADAH”.Hadiah dari sahabat amat bernilai bagi saya.buku ini menceritakan bagaimana mengubah kesedihan menjadi ibadah dan kaedah Islam untuk mengubati gelisah.Kata Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz “Selaku orang yang beriman ,apabila kita ditimpa musibah kita kena cepat2 ingat pada Allah dan kembali kepadanya.Terdapat banyak doa2 yang boleh membantu dan memujuk hati kita yang gelisah untuk menghadapi situasi yang merunsingkan kita”
Diantara yang terkandung dalam tajuk ,berjalanlah di muka bumi Allah ini..diselitkan persoalan kenapa membiarkan diri kita berenang dalam lautan kesedihan??
Bukalah mata ,luaskan pendengaran dan hati kita.Biarkan segalanya mencicip keagungan ciptaan Allah ini.Mudah-mudahan ia boleh meneguhkan lagi tugu keimanan dan benteng ketaqwaan di dalam diri kita .Lantas ia akan mendekatkan lagi kita kepada Allah.Lantunlah bersama ayat2 al-quran di sepanjang perjalanan kita,antara burung-burung yang menyanyikan lagu cinta dan air yang meceritakan kisah perjalanannya dari anak bukit.Biarkan ayat2 suci itu menjadi irama indah yang mengiringi setiap jejak langkah perjalanan kita.Marilah kita memulakan perjalanan agar kita bahagia ,berfikir dan mentadabburi firman Allah dalam surah Al-imran ayat 191 yang bermaksud :
“ Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata) .”Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia2,Maha Suci Engkau ,maka peliharalah kami dari seksa neraka”
Inilah saat kita bangkit dari peluh yang membuatnya runtuh,berdiri diatas kaki sendiri,tetap tegar menghadapi masalah yang membelit hati.ucaplah Bismillah sebagai awal dari usaha untuk menghindar rasa sedih yang perih.Senyumlah …senyum dan bangga dipilih Allah menghadapi ujian atau musibah.Biarkan apa yang berlalu,tidak akan kembali lagi.Wahai orang2 yang bersabar…”barangsiapa yang reda dengan kehendak Allah ,maka Allah reda padanya “
.Fikirkanlah dan bersyukurlah
mujahidah setia
ahad /1 a.m

05 August 2010
Syukur pada Allah
Bismillahirahmanirahim,Alhamdulillah syukur pada pemilik hati ini,kerana diberi masa ruang dan peluang untuk mencoretkan sedikit curahan ,pengalaman sebagai perkongsian buat semua.Sekadar omong-omong kosong buat tatapan si pembaca,moga2 ada manfaat walaupun secubit.Bila hati ini gelisah,bila diri ini resah,muhasabahlah pada pemilik hati kita Rabbul izzati..Moga dengan peluang yang Allah bagi pada kita,dengan nikmat-nikmat yang tak terkira banyaknya ....bersyukurlah padaNYA..sama-sama kita muhasabah diri kita pada yang maha Esa..agar kita tergolong dalam golongan orang2 yang bersyukur...Terpegun bila membaca kitab La Tahzan karangan Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni(DON'T BE SAD)SETELAH KESULITAN PASTI ADA KEMUDAHAN.
Dalam bab "sabar itu indah" .Apakah kamu ,mempunyai penyelesaian yang lain selain daripada bersabar??
Bersabarlah!Ketahuilah bahawa jika tidak mampu bersabar,kecuali dengan pertolongan Allah dan taufiq dariNYA.Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan ALLAH,orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali,orang yang mengharapkan pahala,dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa.
Bersabarlah ,meskipun pelbagai mehnah dan dugaan yang terpaksa kita tempuhi.Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran,kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.Wallahua'lam.Insyaallah,dengan kelapangan ini ,terus-terusan berfikir,beruzlah, ,menulis, dan merenung setiap apa yang berlaku adalah kehendak Pencipta setiap makhlukNya.

28 May 2010
."Andai Islam itu sebuah bangunan usng ,maka akanku berjalan seluruh dunia mencari
jiwa-jiwa muda .Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka , tapi aku
inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan
usng itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah."
p/s: Andai jiwaku lara ,andai jiwaku gentar...
ku perlukan sokongan & bimbingan mu duhai sahabat...

Subscribe to:
Posts (Atom)