06 September 2010

Pecutan akhir Bulan Ramadhan

Bismillahirahmanirahim. pejam celik,pejam celik sudah hampir penghujung ramadhan.Mulanya masjid riuh dipenuhi umat2 manusia yang berlumba2 mengejar pahala ramadhan tapi sayang hanya segelintir sahaja yg berusaha memecut dari awal ramadhan hingga ke akhirnya.Mungkin blh ramdahan ini blh dikatakan awal,pertengahan ,akhir.yang mana lebih penting.TERPULANG pada diri masing2.NaK pilih fasa satu,fasa dua atau tiga atas kehndak diri masing2.Tepuk dada Tanya iman.Kesempatan ini ,suka saya ingin berkongsi dengan akhowat semua,setiap kali kita berada dalam bulan ramadhan ,sememangnya menjadi harapan kita sebagai umat muslim untuk mempertingkatkan perubahan diri kita dan menghidupkan roh2 atau jiwa2 kita kearah kebaikan dan ketaqwaan kesan daripada ibadat2 yang kita lakukan di sepanjang bulan yg berkat ini.Marilah kita sama2 pupukkan semangat ikhlas dan penuhkan amalan ibadat di sepanjang ruang dan peluang pada bln mulia ini..
Bergetar jiwa tatkala mendengar suara gemersik alunan imam muda di masjid mengalunkan ayat2 suci dan doa mengharapkan redha darimu.ya rabb.”sesungguhnya apabila seseorang itu dapat memahami maksudnya serta menghayati dalam hidup selain daripada menjadi asas panduan ,maka dia akan mendapat balasan syurga di akhirat nanti”.Di samping itu Allah memberi jaminan terhadap mereka sekiranya mereka benar2 bertaubat serta melakukan amalan2 soleh mereka kerana sudah pastiAllah menjanjikan balasan syurga di akhirat kelak..
salam mujahadah salam istiqomah.moga kita tergolong dalam golongan yang dijanjikan syurga bersama para mukmin yang soleh dan solihin.

Allahumma bariklana fi romadhon... wa, balliqna Ramadhan..

No comments:

Post a Comment