Bismillahirahmanirahim.Satu perkongsian pada malam ini tepat pukul 1a.m,saya masih lagi di beri ruang untuk menulis,meluahkan apa yg terbuku di hati.Moga dengan perkongsian yang sedikit ini memberi seribu makna dalam diri kita masing2.Tertarik bila terbaca buku bertajuk “SUPAYA GELISAH BERNILAI IBADAH”.Hadiah dari sahabat amat bernilai bagi saya.buku ini menceritakan bagaimana mengubah kesedihan menjadi ibadah dan kaedah Islam untuk mengubati gelisah.Kata Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz “Selaku orang yang beriman ,apabila kita ditimpa musibah kita kena cepat2 ingat pada Allah dan kembali kepadanya.Terdapat banyak doa2 yang boleh membantu dan memujuk hati kita yang gelisah untuk menghadapi situasi yang merunsingkan kita”
Diantara yang terkandung dalam tajuk ,berjalanlah di muka bumi Allah ini..diselitkan persoalan kenapa membiarkan diri kita berenang dalam lautan kesedihan??
Bukalah mata ,luaskan pendengaran dan hati kita.Biarkan segalanya mencicip keagungan ciptaan Allah ini.Mudah-mudahan ia boleh meneguhkan lagi tugu keimanan dan benteng ketaqwaan di dalam diri kita .Lantas ia akan mendekatkan lagi kita kepada Allah.Lantunlah bersama ayat2 al-quran di sepanjang perjalanan kita,antara burung-burung yang menyanyikan lagu cinta dan air yang meceritakan kisah perjalanannya dari anak bukit.Biarkan ayat2 suci itu menjadi irama indah yang mengiringi setiap jejak langkah perjalanan kita.Marilah kita memulakan perjalanan agar kita bahagia ,berfikir dan mentadabburi firman Allah dalam surah Al-imran ayat 191 yang bermaksud :
“ Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata) .”Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia2,Maha Suci Engkau ,maka peliharalah kami dari seksa neraka”
Inilah saat kita bangkit dari peluh yang membuatnya runtuh,berdiri diatas kaki sendiri,tetap tegar menghadapi masalah yang membelit hati.ucaplah Bismillah sebagai awal dari usaha untuk menghindar rasa sedih yang perih.Senyumlah …senyum dan bangga dipilih Allah menghadapi ujian atau musibah.Biarkan apa yang berlalu,tidak akan kembali lagi.Wahai orang2 yang bersabar…”barangsiapa yang reda dengan kehendak Allah ,maka Allah reda padanya “
.Fikirkanlah dan bersyukurlah
mujahidah setia
ahad /1 a.m
SEMOGA BERJAYA MENJADI GADIS MULIA, SEMULIA DIRI MARYAM, SEMOGA BERJAYA MENJADI WANITA FAQIHAH ,SEBIJAK MINDA AISHAH, SEMOGA BERJAYA MENJADI PEREMPUAN TABAH, SEMOGA BERJAYA MENJADI SERIKANDI KEBANGGAAN SEHEBAT JIWA SUMAIYYAH, SEMOGA BERJAYA MENJADI HIASAN DUNIA, SEINDAH AKHLAK RABIATUL ADAWIYAH, SEMOGA BERJAYA MENJADI ISTERI SOLEHAH SEBAIK BUDI KHADIJAH, SEMOGA BERJAYA MENJADI WANITA DAN KEKASIH ,KECINTAAN TUHANMU..
15 August 2010
05 August 2010
Syukur pada Allah
Bismillahirahmanirahim,Alhamdulillah syukur pada pemilik hati ini,kerana diberi masa ruang dan peluang untuk mencoretkan sedikit curahan ,pengalaman sebagai perkongsian buat semua.Sekadar omong-omong kosong buat tatapan si pembaca,moga2 ada manfaat walaupun secubit.Bila hati ini gelisah,bila diri ini resah,muhasabahlah pada pemilik hati kita Rabbul izzati..Moga dengan peluang yang Allah bagi pada kita,dengan nikmat-nikmat yang tak terkira banyaknya ....bersyukurlah padaNYA..sama-sama kita muhasabah diri kita pada yang maha Esa..agar kita tergolong dalam golongan orang2 yang bersyukur...Terpegun bila membaca kitab La Tahzan karangan Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni(DON'T BE SAD)SETELAH KESULITAN PASTI ADA KEMUDAHAN.
Dalam bab "sabar itu indah" .Apakah kamu ,mempunyai penyelesaian yang lain selain daripada bersabar??
Bersabarlah!Ketahuilah bahawa jika tidak mampu bersabar,kecuali dengan pertolongan Allah dan taufiq dariNYA.Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan ALLAH,orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali,orang yang mengharapkan pahala,dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa.
Bersabarlah ,meskipun pelbagai mehnah dan dugaan yang terpaksa kita tempuhi.Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran,kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.Wallahua'lam.Insyaallah,dengan kelapangan ini ,terus-terusan berfikir,beruzlah, ,menulis, dan merenung setiap apa yang berlaku adalah kehendak Pencipta setiap makhlukNya.

Subscribe to:
Posts (Atom)