27 February 2010

Tazkiyah Al-Nafs

Pra Syarat ukhuwwah Islamiah

1. Hendaklah ukhuwah itu terbina di atas dasar keikhlasan kpd Allah.

Ini jelas drpd hadis riwayat Imam Muslim:

Satu hari malaikat bertanya kpd seorang lelaki yg hendak menziarahi saudaranya "Kemanakah kamu hendak pergi? Lelaki itu menjawab "Aku hendak pergi menziarahi saudaraku seislam" Malaikat itu bertanya lagi "Adakah kamu ziarah ini ada sebab2 keduniaan? Lelaki itu menjawab "Tidak.. Aku ziarah hanyalah kerana aku cinta kepadanya demi kerana Allah." Malaikat berkata "Sesungguhnya aku adalah utusan dr Allah dan nak menyampaikan kpdmu bahwa Allah kasih kpdmu seperti mana kamu kasih kpdnya kerana Allah."

2. Hendaklah ukhuwah tersebut terbina diatas dasar keimanan dan ketakwaan.

Caranya adalah dgn dia memilih kawannya dr kalangan org2 yg soleh dan beriman. NAbi bersabda:

"Janganlah kamu bersahabat melainkan dgn org beriman dan jangan bagi makanan kamu melainkan kepada org yg bertakwa."(Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:

Seseorang itu mengikut agama temannya. Maka hendaklah sesorang itu melihat utk memilih dgn siapa dia berteman."(Hr Abu Daud)

3. Hendaklah ukhuwah berjalan dgn mengikut syariat Islamiah.

Diantara golongan yg dinaungi oleh Allah adalah golongan "dua lelaki yg berkasih sayang kerana Allah. keduanya Bertemu dan berpisah dia atas batasan hukuman Allah"(Hr Bukhari dan Muslim)

4. Hendaklah ukhuwah terbina diatas konsep nasihat menasihati.

Jabir r.a berkata:

Aku berjanji setia kepada Rasulullah s.a.w untuk mendirikan solat, membayar zakat dan untuk menasihati setiap org Islam."(Hr Bukhari dan Muslim)

5. Hendaklah ukhuwah itu mekar dgn konsep bantu membantu dikala senang dan susah.

Firman Allah:

Tafsirnya: Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan.(2: Al-Anam)

Firman Allah:

Tafsirnya: Orng2 bertakwa yg membelanjakan hartanya dikala senang dan susah(134: Ali Imran)

Nabi bersabda:

Sesiapa yg berjalan untuk membantu saudranya seIslam lebih baik drpada orang yang beriktikaf selama 20 bulan.(hr Thabrani atau hakim)

Rujukan: Ukhuwah Islamiah: Abdullah Nasih Ulwan

06 February 2010

BANYAKKAN BERUZLAH!!!!

Kekasihku..


Ya Rasulullah....

Bilakah penderitaan ini akan berlalu

Bilakah kesengsaraan ini akan berakhir

Disini kami menunggu dan terus merindu

Suatu detik ,dimana Islam kembali gemilang

Umatmu kembali bersatu

Di bawah panji kebenaran....

05 February 2010

Air mata kehidupan




Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa ibu menangis ?".

Ibunya menjawab, "Sebab saya wanita."

Saya tidak mengerti," kata si anak lagi.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"

Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis ?"
Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.

Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting.

Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......

Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.

Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.

Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi. Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya.......

Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!

Ini airmata kehidupan.

Wallahu A'lam...