
Aku merenung langit biru ciptaan Ilahi.Kosong.terasa kosong dek kerana masa yg menghimpit ,dan sindiran yang selalu menyempit dadaku.Aku mengeluh di saat melangkah kaki ke pintu rumah tempat pengajianku.Mahu berhadapan dengan pelbagai tabiat manusia,kadang-kadang aku kecewa mengapa ramai menganggap bahawa punca utama kegagalan seseorang yang aktif menghadiri pertemuan-pertemuan ilmu itu adalah kerana kesibukannya.Ramai lagi manusia yang gagal dalam pelajaran tapi mereka itu sibuk dengan kefoyaan mereka berhibur serta menghabiskan masa dengan perkara yang langsung tidak berfaedah.
Pertemuanku dengan seorang sahabat yang memberi cahaya kepada kehidupanku kini, adalah pertemuan yang paling membahagiakan hidupku.Sahabat itulah yang menjadi naqib usrahku dan menjodohkan aku dengan sahabat-sahabat yang lain .Saat aku jatuh cinta dengan tarbiyah,saat itulah aku mengetahui erti kehidupan di atas muka bumi ini.
Kau sanggup berkorban duit dan masa semata-mata nak pergi usrah ?Get a life!Takkan masa muda kau ni nak habiskan masa dengan baca Quran je?Kau tak bosan ke dengar ceramah-ceramah?Ke hulu –hilir pergi entah ke mana entah.Kau boleh tolak tau ,kalau orang ajak kau.Itulah kata-kata teman serumahku dikala mereka selalu melihat aku hilang dari bilikku.Nyata jalan kami adalah dua jalan yang berbeza .Pemikiran kami berbeza.Kesukaan kami begitu juga. Aku hanya berasa bahagia tatkala berjumpa teman seperjuanganku namun aku sedih melihat teman serumahku masih leka dengan kefoya-foyaan sementara.Duhai teman, jika dikau mengetahui betapa nikmatnya jalan yang berliku namun penuh cahaya ini tentu takkan tersilau dengan hiburan sementara diatas dunia ini.Kehidupan yang kau lalui sekarang ini adalah jalan yang gelap walaupun kelak kita sama-sama pulang membawa segulung ijazah,kerana kehidupan itu menjanjikan suka sebentar cuma,tetapi duka selamanya di akhirat nanti.
“Dan sungguh akan Kami isikan neraka Jahannam dari kalangan jin dan manusia ,Mereka memiliki hati ,tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami dan memiliki telinga tapi tidak mendengar.Mereka seperti haiwan ternak,bahkan lebih sesat lagi”(Al-A’raf:7)
Aku berdoa agar keluargaku dan sahabat-sahabatku akan mendapat pancaran sinar hidayahmu.Dan aku berdoa agar mereka menyintai ilmu,menyintai islam dan mahu beramal dengannya .
Tiba2 ku tersedar dari lamunanku..kucing kesayangan adikku datang menggesel 2 tubuhnya dikaki ku…Alangkah indahnya hidup ini andai semua hambanya menunaikan amar ma’ruf dan nahi munkar.Semakin difikir,aku semakin buntu memikirkan bagaimanakah lagi aku boleh membawa teman serumahku mengikuti jalan yang ku ikuti kini.
“Wahai orang2 yang beriman .Penuhilah seruan Allah dan Rasul,apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu”(Al-Anfal:24)
Kerana itu aku ikut usrah !Dan kerana aku mahu merasai cahaya itu .Dan aku juga mahu orang sekeliling ku merasai cahaya keimanan itu.Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian semua ini.Maka bersyukurlah ,hanya segolongan sahaja insan2 yang terpilih.Jadilah seperti benih yang subur,kalau dicampak ke laut maka akan menjadi pulau.kalau dicampak ke langit maka akan menjadi bintang ,kalau dicampak ke lurah maka akan menjadi sungai..
sambungan ...episod akan datang....