22 December 2009

Munajat Cinta


Luluh jiwaku dalam cintaMu
Ronta rasaku pada doaku
Aminkan doa dalam sendu..
Hati menangis, mengerdip
Membongkar rasa malu berzaman
Tanpa sedar kesilapan lalu yang dilakukan
Sesak dada saat ia menujah
Menikam-nikam sukma, membuai air mata
Aduh…sakitnya penghinaan ini!
Penghinaan pada wajah yang duka
Sarat dengan debu dosa

Tuhan…
Arah manakah lagi mampu ku halakan
Jika tidak pada cahaya cintaMu
Yang nun jauh sayup di pandanganku
Izinkan aku berlari mencapainya

KERANA INI JALAN PILIHANKU



Aku merenung langit biru ciptaan Ilahi.Kosong.terasa kosong dek kerana masa yg menghimpit ,dan sindiran yang selalu menyempit dadaku.Aku mengeluh di saat melangkah kaki ke pintu rumah tempat pengajianku.Mahu berhadapan dengan pelbagai tabiat manusia,kadang-kadang aku kecewa mengapa ramai menganggap bahawa punca utama kegagalan seseorang yang aktif menghadiri pertemuan-pertemuan ilmu itu adalah kerana kesibukannya.Ramai lagi manusia yang gagal dalam pelajaran tapi mereka itu sibuk dengan kefoyaan mereka berhibur serta menghabiskan masa dengan perkara yang langsung tidak berfaedah.
Pertemuanku dengan seorang sahabat yang memberi cahaya kepada kehidupanku kini, adalah pertemuan yang paling membahagiakan hidupku.Sahabat itulah yang menjadi naqib usrahku dan menjodohkan aku dengan sahabat-sahabat yang lain .Saat aku jatuh cinta dengan tarbiyah,saat itulah aku mengetahui erti kehidupan di atas muka bumi ini.
Kau sanggup berkorban duit dan masa semata-mata nak pergi usrah ?Get a life!Takkan masa muda kau ni nak habiskan masa dengan baca Quran je?Kau tak bosan ke dengar ceramah-ceramah?Ke hulu –hilir pergi entah ke mana entah.Kau boleh tolak tau ,kalau orang ajak kau.Itulah kata-kata teman serumahku dikala mereka selalu melihat aku hilang dari bilikku.Nyata jalan kami adalah dua jalan yang berbeza .Pemikiran kami berbeza.Kesukaan kami begitu juga. Aku hanya berasa bahagia tatkala berjumpa teman seperjuanganku namun aku sedih melihat teman serumahku masih leka dengan kefoya-foyaan sementara.Duhai teman, jika dikau mengetahui betapa nikmatnya jalan yang berliku namun penuh cahaya ini tentu takkan tersilau dengan hiburan sementara diatas dunia ini.Kehidupan yang kau lalui sekarang ini adalah jalan yang gelap walaupun kelak kita sama-sama pulang membawa segulung ijazah,kerana kehidupan itu menjanjikan suka sebentar cuma,tetapi duka selamanya di akhirat nanti.
“Dan sungguh akan Kami isikan neraka Jahannam dari kalangan jin dan manusia ,Mereka memiliki hati ,tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami dan memiliki telinga tapi tidak mendengar.Mereka seperti haiwan ternak,bahkan lebih sesat lagi”(Al-A’raf:7)
Aku berdoa agar keluargaku dan sahabat-sahabatku akan mendapat pancaran sinar hidayahmu.Dan aku berdoa agar mereka menyintai ilmu,menyintai islam dan mahu beramal dengannya .
Tiba2 ku tersedar dari lamunanku..kucing kesayangan adikku datang menggesel 2 tubuhnya dikaki ku…Alangkah indahnya hidup ini andai semua hambanya menunaikan amar ma’ruf dan nahi munkar.Semakin difikir,aku semakin buntu memikirkan bagaimanakah lagi aku boleh membawa teman serumahku mengikuti jalan yang ku ikuti kini.

“Wahai orang2 yang beriman .Penuhilah seruan Allah dan Rasul,apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu”(Al-Anfal:24)

Kerana itu aku ikut usrah !Dan kerana aku mahu merasai cahaya itu .Dan aku juga mahu orang sekeliling ku merasai cahaya keimanan itu.Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian semua ini.Maka bersyukurlah ,hanya segolongan sahaja insan2 yang terpilih.Jadilah seperti benih yang subur,kalau dicampak ke laut maka akan menjadi pulau.kalau dicampak ke langit maka akan menjadi bintang ,kalau dicampak ke lurah maka akan menjadi sungai..

sambungan ...episod akan datang....

10 November 2009

Hadiah Buatmu Teman



Jalinan persahabatan
Kita abadikan sepanjang zaman
Berpanjangan dan berkekalan
Manisnya iman
Hidup di dalam perjuangan


Kasih sayang kuhadiahkan buatmu teman
Untuk kau simpan ingat-ingatan
Jadinya bekalan perjalanan
Hidup di dalam perantauan

Gunung didaki lembah sama dituruni
Kita diuji berulang kali
Nyata setia sebati

Gelap ditempuhi cerah sama disusuri
Cinta yang murni rahmat Ilahi
Harumnya kita kecapi

Syukur padamu Tuhan
Syukur kita dihadiahkan
Hadiah iman
Hadiah kasih sayang
Cinta seorang teman

Dan syukur buatmu teman
Syukur kita dipertemukan
Pengorbanan dan kesetiaan
Tak mungkin kulupakan

(Allah Allahu ya Allah...)

Gelap ditempuhi cerah sama disusuri
Cinta yang murni rahmat Ilahi
Harumnya kita kecapi


p/s:salam perjuangan buat sahabat2 semua,moga kita tergolong dr kalangan yg terpilih oleh ALLAH taala untuk meneruskan perjuangan nabi junjungan kita...InsyaALLAH

15 October 2009

Kepentingan Ilmu Tasawwuf

>Assalamualaikum Warahmatullah

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.Selawat serta salam atas
Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat Baginda
sekaliannya.

Ilmu Tasawwuf merupakan salah satu cabang ilmu-ilmu islam selain
daripada ilmu akidah dan juga ilmu syariat(fiqh). Ia merupakan suatu
ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap muslim demi kesempurnaan
sesuatu ibadah yang dilakukan.
Oleh itu, ilmu tasawwuf ini harus difahami berlandaskan tuntutan Al
Quran dan Sunnah, agar kita tidak tergelincir menjadi kaum yang
memahami secara melampau berkaitan ilmu tasawwuf ini seperti ada
orang yang mendalaminya supaya mendapat kelebihan kelebihan tertentu
seperti kebal, dapat terbang di udara, berjalan di atas air dan
sebagainya. Kita tidak menolak karamah yang diberikan Allah, tetapi
janganlah karamah itu yg menjadi tujuan utama.

Di dalam kesempatan ini, marilah kita sama sama meneliti beberapa
kepentingan dan tujuan tujuan mendalami ilmu tasawwuf. Antara
kepentingan dan tujuan mendalami ilmu tasawwuf adalah :

1. Agar ummat islam dapat menjalani hidup dengan baik dan
seimbang selaras dengan identiti mereka yang difirmankan Allah Taala
(maksud): "dan demikianlah kami telah menjadikan kamu satu ummat
pertengahan"(143:Al Baqarah).

Ummat pertengahan adalah ummat yang bersikap sederhana dalam urusan
kehidupan,tidak terlebih dan tidak terkurang. Mereka dapat
mengimbangi antara urusan dunia dan urusan akhirat. Mereka mengambil
kedua-duanya tetapi mereka mengutamakan akhirat kerana akhirat
itu "khairun wa abqo". Mereka tidak mengabaikan dunia, malah
menjadikan dunia sebagai "mazraa'tul akhirat".

Mereka sedar jika mereka tidak menguasai dunia nescaya ianya akan
dikuasai oleh ummat lain yang akan mengancam keselamatan ummat islam
dan keutuhan syariat islam itu sendiri.Sebagaimana yang dapat kita
lihat pada hari ini,kuasa kuffar laknatullah sedang menggayang
daging ummat islam seluruh dunia terutama di palestin, iraq,
afghanistan dan sebagainya.

2. Agar ummat islam bukan hanya ummat yang berdoa semata mata
kepada Allah tanpa adanya usaha yang bersunguh sungguh. Mereka tidak
semata mata berdoa tetapi mereka terus berusaha kerana mereka faham
maksud firman Allah Taala ( maksud): "Sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha
mengubahnya"(11:ArRa'd).

Mereka juga faham apa yang dilarang oleh Saidina Umar r.a "janganlah
seseorang daripada kamu duduk tanpa berusaha mencari rezeki sambil
berdoa"Ya Allah, kurniakan rezeki kepadaku" maka sesungguhnya kamu
mengetahui bahawa langit tidak menurunkan hujan emas dan perak".

3. Agar kita memahami dan mengerti tentang pengertian ibadah
itu sendiri dalam lingkungan yang luas.Mereka memahami ibadat itu
sebagaimana yang tersebut dalam hadis nabi s.a.w daripada Abi said
Al khudri, sabda nabi (maksud) "peniaga yang benar sifatnya lagi
amanah adalah bersama sama para nabi,para siddiqin dan para
syuhada'" (riwayat attirmizi).

Dr. Yusuf Al Qardawi dalam bukunya " Al Ibadah Fi Islam" telah
memetik apa yang ditulis oleh Syaikh Islam ibnu Taimiah dalah
risalahnya "Al Ubudiah", katanya "ibadah adalah satu nama yang
merangkumi bagi semua perkara yang dikasihi dan diredhai Allah
daripada perkataan-perkatan dan perbuatan-perbuatan, batinnya dan
zahirnya, sembahyang,zakat,puasa,haji,bercakap benar,menunaikan
amanah,berbuat baik pada ibubapa, menghubung silaturrahim,setia pada
janji, menyuruh berbuat baik, baik pada jiran tetangga, anak
yatim,orang musafir, orang miskin, hamba sahaya dan
binatang,berdoa,berzikir,membaca dan seumpamanya itu adalah ibadah.

Begitu juga cintakan Allah dan rasulNya, takutkan Allah, kembali
kepadaNya, ikhlas beragama kepada Allah, sabar terhadap hukumanNya,
syukur atas nikmatNya, redha dengan qada'Nya, bertawakkal padaNya,
berharap pada rahmatNya, takut pada azabNya dan seumpama itu adalah
beribadah kepada Allah."

4. Memahami benar-benar pengertian sebenar zuhud,uzlah dan
tawakkal. Dengan itu tidak menjadikan mereka lemah, tidak menjadikan
mereka miskin dan makan bantuan orang lain, tidak menjadikan meraka
jahil bebal dan mereka tidak dikuasai oleh orang kafir tetapi mereka
menguasai orang kafir. Mereka sanggup berkorban bukan dikorbankan
sebagaimana yang berlaku pada ummat islam hari ini.

5. Dengan kefahaman yang benar terhadap tasawwuf ini
berlandaskan Al Quran, Sunnah dan sirah rasul dan disusuli dengan
penghayatan, meletakkan ummat islam sebagai sebaik baik ummat. Dan
pada ketika itu, ummat umat lain akan tertarik dan terpesona
dengan "khairun ummat" ini dan seterusnya akan berlakulah apa yang
difirmankan Allah Taala (maksud) "Apabila telah datang pertolongan
Allah dan kemenangan, kamu melihat manusia masuk ke dalam agama
Allah beramai-ramai"
(1-2 : An Nasr).

Sebagai kesimpulannya, kemunduran ummat islam tidak boleh
dipersalahkan kepada ulama' ulama' tasawwuf, mereka menekankan agar
manusia bencikan dunia kerana mereka bimbang bila manusia memiliki
dunia, mereka akan lupa daratan.Berkata Sayid Ahmad Al Badawi "orang
boleh kaya dunia tetapi nabi s.a.w melarang kita cintakan dunia,
seperti nabi Sulaiman a.s. dan para sahabat r.a yang kaya, kita
harus menundukkan dunia, dunia tidak boleh diletak di dalam hati".

Mereka ( ulama' tasawwuf) mendesak agar beruzlah kerana bimbang
terhadap mereka yang rapuh imannya, yang tiada ketahanan jiwa dan
kurang takwa, kemungkinan akan terpengaruh dengan masyarakat yang
sudah rosak tamadunnya. Mereka bertindak demikian untuk
menyelamatkan mereka yang lemah agar tidak musnah.

Oleh itu, untuk memiliki dunia, setiap orang islam mesti mempunyai
ilmu, iman yang kuat, takwa, kesabaran, ketahanan, keikhlasan dan
kesedaran betapa pentingnya akhirat berbanding dunia. Dunia hanya
batu loncatan sahaja untuk ke akhirat.

Wassalam.

Rujukan :

1. Kitab Minhajul Abidin karangan Imam Al Ghazali
Bab sepatah kata penterjemah
Penterjemah : Hj. Engku Ali engku Endut
Cetakan ASPIRASI TERAS SDN BHD, Terengganu.

2. Terjemahan Al Hikam ( karangan As syaikh Ibnu atho illah )
Penterjemah : H. Saleim Bahreisy
Penerbit : Victoria agencie, KL.


25 September 2009

ISLAM .....JALANKU


ISLAM ADALAH JIHAD DAN DAKWAH

Semasa kita masih di bangku pengajian ,kita mengukur kejayaan diri pada bertambahnya pengetahuan .lebih banyak kita tahu ,terasa diri meningkat menjadi lebih baik dari semalam .bagi yang lebih mendalam ,kejayaan diri diukur pada sejauh mana pengetahuan itu berjaya menjadi amal.bagaimana bertambahnya pengetahuan ...,menambah amal di jalan kebaikan .pertambahan amal itu menjadikan kita lebih baik berbanding semalam.dengan adanya pengetahuan ,jadi bertambahlah pengalaman.sebanyak manapun pengalaman ,itu tak penting.ia tidak pernah mengukur sejauh mana tahap seseorang,,tapi ,ingatlah sahabat-sahabat..saya berpesan pada semua dan juga pada diri sendiri juga .marilah kita sama-sama meraih kejayaan..yang mana bukan setakat kejayaan di dunia tapi yang paling penting kejayaan dia akhirat,,tempat tinggal kita yang kekal abadi nanti..

Hiduplah kita sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam.dalam (kitab syarah usul 20.karangan dr.ali abdul halim Mahmud..)sekadar perkongsian ilmu…

Islam adalah jihad dan dakwah @ tentera dan fikrah.firman ALLAH s.w.t

“dan berjihadlah kamu pada jalan allah dengan jihad yang sebenar-benarnya..”(surah al-haj:78)

“berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan allah (untuk membela islam )(surah at-taubah:41)

Apabila kaum muslimin tidak berjihad di jalan Allah ,mereka telah berdosa dan menderhakai Allah kerana Allah telah memerintahkan setiap manusia adalah khalifah di muka bumi ini dan wajib menunaikan tanggungjawab masing-masing.


bila saya rujuk kitab syarah usul 20,amat terkesan dalam hati,adakah selama aku hidup di bumi Allah ini,,sudah terlaksana atau tidak taklifan yg telah diamanahkan olehNYA.pada muka surat 57..tercatat islam adalah dakwah..tapi sejauh mana kaum islam muslimin dan muslimat menunaikan tanggungjawab masing2..jika tidak mampu berdakwah kepada masyarakat luar,kita masih mampu berdakwah pada diri kita sendiri.dalam kitab mengatakan islam adalah berdakwah kepada allah ,dakwah kepada kebenaran .dakwah kepada kebaikan dan petunjuk dan meninggalkan setiap perkara mungkar.islam menugaskan setiap muslimin dan muslimat agar berdakwah kepada allah selagi mana ia ada bukti dan keterangan yang jelas terhadap apa yang ia seru.

FirmanNYA...:

“katakanlah (wahai Muhammad)”inilah jalanku aku dan orang2byang menurutku,menyeru manusia umumnya kepada agama allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata.

Ayat diatas menerangkan bahawa kita wajib samada banin atau banat agar berdakwah kepada allah,sekiranya tidak melakukannya maka bererti ia tidak mengambil jalan Rasulullah s.a.w sebagai landasan..

Ayuhlah sahabat2ku,,,,kita semarakkan umat nabi akhir zaman ,,moga terus bermujahadah untuk membebaskan diri dari hawa nafsu dan kepentingan diatas kebenaran .moga dakwah di muka bumi ini terus subur dengan lindungan rahmatnya..

mufakkiratul mukminah 09,

09 August 2009

Berjuanglah selagi ada waktu...




DAKWAH KITA; DAKWAH KEBANGKITAN DAN MENYELAMAT

#Peninggalan yang berat.
Wahai saudara-saudara seIslamku, Allah menghendaki kita mewarisi peninggalan yang
berat dengan bebanan tanggungjawab yang besar. Allah mahu sinar dakwah kamu ini
menyinari segenap kegelapan. Allah telah memberi peluang kepada anda meninggikan
kalimatNya dan syariatnya dengan mendirikan semula negara Islam yang baru. Firman
Allah yang bermaksud; "Sesungguhnya Allah pasti menolong orang menolong (agamanya),
sesungguhnya Allah benar-benar maha kuat lagi maha perkasa" (al-Hajj:40).

DAKWAH KITA ADALAH PENYELAMAT:
Beban adalah berat. Kita tidak inginkan harta dan pangkat tetapi kita mahu : (bebaskan
tanahair Islam dan mendirikan daulah Islam).
Kemudian kita mahu membaiki keilmuan masyarakat Islam, mutu kehidupan dan
membuang penyakit dan jenayah.


#Cara kita : Iman yang mendalam, pembentukan yang rapi dan kerja yang berterusan.
Wasilah kita ialah semua cara yang syar’i- terpaksa berdepan dengan masyarakat untuk
buat perubahan.
-Akan ada orang yang memandang remeh kerja ini dan menganggap tidak mampu
berubah.
- Dakwah ini belum dikenali - orang ramai, kerajaan dan negara-negara akan menentang
bila mereka tahu. Tohmahan, fitnah akan terjadi. Penjara, siksaan dan pengusiran mesti
berlaku. Bersedialah !
- Kita akan menang - (sebaik-baik dakwah, keperluan manusia, kesucian niat kita dan
pertolongan Allah) menguatkan keyakinan kita.
- Perlu segera menyahut seruan, mengukuh fikrah dan kesatuan.
Antara Semalam Hari Ini
-Kita bukan parti politik, bukan badan kebajikan atau persatuan terhad. Kita adalah roh
baru untuk ummat manusia.
-Dakwah kita - Islam dan politik sebahagian darinya.
- Kita bukanlahn golongan penentang tetapi akan menentang sesiapa yang menghalang
kebenaran.


P/s : Implikasi bacaan dr kisah Hasan Al-Banna(Antara semalam dan hari ini)

26 July 2009

TAUJIHADKU..

HUNUSKAN PENA KEBENARAN,

LANGKAH JIHAD INI TAK MAJU DEK PUJIAN,

TAK MUNDUR DEK KEJIAN,

TAPI KAN TERTAP MELANGKAH,

MEMBURU REDHA ILAHI.........

18 July 2009

Wahai Muslimat..Ayuh kita bangkit!!!

Sejauh Mana Kemantapan Muslimat ?

Sejauh mana kemantapan muslimat? Allah telah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam barisan yang teratur umpamanya satu baFont sizengunan yang tersusun kukuh.”Begitu juga harakah yang kukuh hanya boleh terbina dari barisan mantap yang berorganisasi tersusun dan bersatupadu. Kemantapan muslimat adalah bergantung kepada usaha untuk memajukan lagi prestasi kita sebagai barisan pejuang yang cuba menyebarkan Islam sebagai satu penyelesaian kepada seribu satu macam tribulasi yang dihadapi masyarakat kini. Untuk mengingatkan diri kita, kita mestilah sentiasa cuba meningkatkan ilmu dan kepakaran, berfikiran matang dan terbuka, mempunyai satu fikrah dan juga memahami serta menjiwai misi jemaah yang kita sertai.Di antara ilmu dan kepakaran yang penting untuk dipelajari dan dikuasai ialah penyusunan dan perlaksanaan strategi perjuangan. Jemaah yang besar dan meluas pergerakannya tidak boleh dijadikan alasan untuk kita melakukan kerja tanpa sususan yang kemas dan teratur. Sesungguhnya kita merasa terhormat kerana telah dipilih Allah sebagai salah seorang yang berusaha untuk mendaulatkan agamaNya. Jadi dalam melakukan tugas suci ini, sudah semestinya kita sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik sahaja bukan hanya sekadar yang termampu.Kita mesti bersiap sedia menghadapi musuh dengan apa jua kekuatan yang termampu. Kita mesti cuba memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dalam pergerakan muslimat dan bukan melarikan diri daripadanya. Oleh itu idea dan strategi baru yang bernas serta kerjasama yang padu terutama dari barisan muda amat diperlukan. Barisan pelapis mestilah dibimbing supaya memahami perjuangan. Sesungguhnya kita mahukan muslimat yang lebih tangkas, cekap dan berupaya merancang segala program dan apa jua bentuk gerakkerja dengan teratur. Piliharaya akan datang perlu dihadapi dengan persiapan yang cemerlang.Selain menegakkan syariah dalam keluarga, kita juga bertanggungjawab untuk menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling. Kesempurnaan akhlak amat penting dan utama dalam menarik masyarakat kepada Islam. Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah memberi kita kekuatan dan kemantapan diri dalam kita menangani segala mehnah dan tribulasi dalam perjuangan ini.Muslimat peka…
Muslimat power !!!
muslimat bangun berjuang!!!

Biar terbuang,akan tetap ku terus berjuang
.

Antara Sedar atau Tidak




Antara peranan kedua yang ditugaskan ke atas manusia yang bergelar hamba ALLAH ,,merupakan satu tugasan yang cukup nghancurkan gunung-ganang dan mengerunkan para malaikat.Tugasan yang dimaksudkan adalah menjadi khalifah di bumi ALLAH ini.Para ulama’ ada menyatakan bahawa tugas khalifah ialah “iqamatunddin wa siasatundunya bih “ iaitu menegakkan agama dan mentadbirkan dunia dengannya..maka sebuah Negara hendaklah meletakkan islam sebagai asas pentadbiran memilih undang-undang dengan islam sebagai terasnya dan beramal dengan amal islami.barulah yang memimpin itu boleh bergelar khalifah dan sehingga dapat menepat tuntutan2 yang digariskan oleh ALLAH s.w.t.
Maka berpersatuan ,bergerak kerja di dalam organisasi atau siasah juga merupakan sebahagian cara hidup kita.Makan kita dengan cara islam,fesyen kita dengan gaya islam ,dan pergaulan kita turut dengan batas islam
Sebagai seorang pelajar ,tanggungjawab kita adalah menuntut ilmu.Jika tanggungjawab sebagai pelajar diperlekehkan ,Islam akan kekurangan ilmuan .Sedangkan seorang ilmuan itu merupakan diantara golongan 2 yang berada di sof2 hadapan di medan perang .
Begitu juga dengan kerja2 dakwah .Setiap manusia yang mengakui dirinya islam ,maka jatuh taklifan ke atas dirinya untuk menyeru umat manusia agar mengabdikan diri kepada ALLAH s.w.t.Jika amanah ini tidak dilaksanakan ,maka masyarakat akan pincang .Sebab itulah kemaksiatan yang berlaku di sekitar tempat tinggal kita kian meningkat.Seolah2 kita membenarkan perbuatan maksiat.
Gagal untuk merancang,adalah merancang untuk gagal .Orang yang gagal adalah orang yang mudah berputus asa.
Setiap perbuatan baik adalah ibadah, jika kita sandarkan semuanya adalah kerana ALLAH s.w.t..
Wallahutaala a‘lam

02 July 2009

Kita adalah mata-mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w


Ayuh sahabat2 ku...kita harus menjadi permata yang mengibarkan bendera Islam dengan lantang...TAKBIR!!!

...... Dear sahabat.....

9 mimpi Nabi Muhammad s.a.w.
"Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT...

01 July 2009

Salam mujahadah


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...selamt jgk buat blog ni tanggal 1 JULAI

2009.tepat pada pukul 12.00am..kat nilam court..dah lama mimpi

buat blog tp disebabkan cadangan or desakan sahabat2 yg cute

ni(kak ba,kak aida,mayah,ezaini,mus)...maka terbinalah jgk blog

ini.Syukron Jazilan buat shbt2ku semua..Moga blog ini dapat


memberi manfaat kpd semua...



Wahai Kawan2

Wahai Kawan-kawan

Mari kita sembah Allah
Mari berukhuwah
Mari kita berdakwah
Mari mujahadah

Wahai kawan-kawan mari sembah Allah
Wahai kawan-kawan mari ikut Rasullulah

Wahai kawan-kawan mari berukhuwah
Wahai kawan-kawan kita bina ummah

Wahai kawan-kawan mari kita berdakwah
Wahai kawan-kawan ini dia jalan Allah

Wahai kawan-kawan mari mujahadah
Wahai kawan-kawan jangan mudah menyerah kalah